Translate

Selasa, 1 Oktober 2013

GUNUNG KINABALU
 
 
Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter (catatan pada 2008) dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia.
 
 
 
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oceania.
 
Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter dan mempunyai potensi untuk berkurangan. Penyataan ini boleh diakui kerana pada tahun 1997, suatu pemantauan semula telah dilaksanakan menerusi teknologi satelit yang mengesahkan ketinggian puncak tertinggi Gunung Kinabalu (Puncak Low) adalah pada ketinggian 4,095 meter (13,435 ka) diatas paras laut, dimana ketinggiannya kurang 6 meter (20 ka) daripada apa yang ternyata dalam terbitan angka hitherto yang menulis ketinggian Gunung Kinabalu adalah 4,101 meter (13,455 kaki).
 
Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:
  • Puncak Low's (Low's Peak) (4095.2m)
  • Puncak St. John's (St. John's Peak) (4090.7m)
  • Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
  • Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  • Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
  • Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
  • Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan