KOLAM AIR PANAS PORING
Mata Air Panas Poring yang
terkenal terletak 43 km dari Taman Kinabalu di sempadan sebelah timur. Ia
terletak di tanah rendah dan para pelawat boleh memilih untuk berendam di
kolam-kolam air panas terbuka atau tertutup. Air panas yang mengandungi sulfur
ini dikatakan mempunyai khasiat kesihatan dan mampu menyegarkan badan dan
sendi-sendi yang lenguh. Apatah lagi bagi para pendaki yang baru turun dari
puncak Kinabalu. Kehangatan air mineral di sini sudah tentu melenyapkan segala
penat lelah. Kolam air panas ini amat popular di kalangan penduduk tempatan
yang datang membanjiri kawasan rekreasi tersebut pada hari cuti dan hujung
minggu
Di Poring, para pelawat boleh juga bersiar-siar di taman kupu-kupu atau melakukan aktiviti yang lebih mencabar iaitu berjalan di puncak pepohon hutan dipterokap di atas Jambatan Kanopi yang bergantung pada ketinggian 41 meter dan sejauh 157.8 meter. Pemandangan ke bawah dari puncak pohon Menggaris atau Raja Kayu sukar digambarkan. Para pelawat harus mengalaminya sendiri bagi merasai debaran dan kepuasan yang dikecapi berada di celah pucuk pepohon tertinggi.
Kolam Mandi 6 Kaki Dalam
Jambatan Kanopi
Gelonsor Untuk Kanak-kanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan